Pucuk Pegaga

Followers

Riki Riki

My photo
putrajaya, Malaysia
kita mulakan dengan kalam allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.....

Total Pageviews

Sunday 8 April 2012

comel pom


(TAHNIAH)Natasha Hudson Kini Sudah Bertudung

Seiring dengan perkhabaran gembira pernikahan Natasha Hudson dan Khalid Kamal pada 15 April ini, kini ada satu lagi berita gembira untuk peminat Natasha Hudson. Natasha Hudson kini sudah pun mengambil keputusan untuk bertudung. Keputusan ini telah pun dibuat semasa Natasha Hudson mengerjakan umrah baru-baru ini.
gambar natasha hudson bertudung
Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Natasha Hudson dengan keputusan untuk memakai tudung ini. Berkata kepada wartawan portal GUA, keputusan ini diambil tanpa desakan daripada sesiapa. Keputusan ini diambil kerana pintu hatinya telah terbuka. Kata Natasha:-
Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini. Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan.
gambar natasha hudson bertudung
Abang Nara ingin mengucapkan tahniah kepada Natasha Hudson menerusi Twitter, namun Abang Nara dapati akaun Twitter Natasha Hudson tidak lagi aktif. Apa pun jutaan tahniah atas pernikahan yang bakal berlangsung dan atas hijrah ini.

1 comment: